Monday, November 9, 2009

Sungai Kajang Resources

Kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB), dianggap sebagai takrif reformasi mengangkat martabat bumiputra terutama dari segi ekonomi dan pendidikan. Justeru itu antara cabangnya ialah kerajaan amat menggalakkan rakyat berniaga. Pelbagai usaha dan program telah diatur untuk menambahkan bilangan usahawan bumiputra. Usaha-usaha ini telah pun membuahkan hasil dengan kelahiran ramai lagi ahli korporat berjaya setiap tahun.

Jelas sokongan kerajaan amat ketara sekali dengan kewujudan Kementerian Pembangunan Usahawan, Pelancaran Tabung Amanah Belia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan lain-lain lagi. Sehubungan dengan ini para usahawan muda mengambil inisiatif dengan menubuhkan perniagaan dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan taraf ekonomi negara.

Bagi menyahut cabaran dan seruan kerajaan, maka dengan ini lahirlah syarikat SG. KAJANG RESOURCES dalam penternakan dan pertanian di mana terdapatnya peluang perniagaan yang luas dan mendatangkan pendapatan yang lumayan.

SAHSIAH SYARIKAT

SG. KAJANG RESOURCES ditubuhkan di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendaftaran Syarikar Malaysia) pada 02 Januari 2009 dengan nombor pendaftaran syarikat SA0108557-M.

V I S I & M I S I

Visi SG. KAJANG RESOURCES adalah untuk menjadi sebuah organisasi yang terbaik dalam aspek pengendalian projek, memenuhi kepuasan pelanggan dan berdaya saing yang tinggi.

Misi SG. KAJANG RESOURCES adalah:-

1. Memastikan perkhidmatan kelas pertama kepada semua pelanggan.

2. Memastikan kerja-kerja penternakan dilakukan dengan kaedah yang terbaik.

3. Menawarkan harga yang berpatutan dan rasional.

4. Meningkatkan kemahiran dan mutu kerja secara berterusan.


Wednesday, November 4, 2009

Sungai Kajang Resources



Sungai Kajang Resources.